Tuesday, August 5, 2008

Sumber perubatan silam dan moden





MADU LEBAH sudah dikenali sejak zaman Firaun yang memerintah Mesir pada tahun 300 sebelum Masihi hingga ke tamadun Parsi, Greek dan Rom, sebagai satu cara penjagaan kesihatan.Di Eropah, ada kesatuan diberi nama Apitheraphy, diasaskan oleh Profesor Bernard Descottes, Perancis yang menggunakan produk MADU LEBAH bagi penjagaan kesihatan.Di Timur Tengah, masyarakat Arab tidak dapat dipisahkan dengan pengambilan MADU LEBAH sebagai minuman kesihatan harian.Bagi masyarakat Cina, amalan memberi madu lebah kepada anak sejak kecil sudah lama dipraktikkan.Dalam persekitaran masyarakat berteknologi tinggi dan sentiasa sibuk sekarang, keperluan kepada makanan seimbang dan selamat adalah penting, malangnya kebanyakan pihak mengabaikan keperluan itu dengan mengambil jalan mudah dengan hanya bergantung kepada makanan dan minuman segera yang kurang berkhasiat. Oleh itu, madu disyorkan menjadi makanan tambahan kepada kita disebabkan khasiatnya yang tidak ternilai.

KHASIAT MADU LEBAH
Berikut adalah antara lain Khasiat MADU LEBAH ASLI

• Meningkatkan keupayaan tenaga fizikal

• Mencerahkan mata, memutih dan menguatkan gigi.

• Mencergaskan otak orang dewasa dan kanak-kanak.

• Menjadikan kulit lebih licin dan halus (awet muda).

• MADU dan SARANG LEBAH MADU merupakan bahan asas kepada krim kulit, lipstik dan losyen tangan.

• Mempercepatkan penyembuhan luka terbuka, melawan jangkitan dan meningkatkan daya ketahanan badan.

• Menghilangkan kepanasan badan, batuk, selsema, meredakan urat saraf, menstabilkan sistem pernafasan, menguatkan jantung, mengelakkan kencing manis, darah tinggi dan melembapkan kerongkong serta menghilangkan serak suara.

• Merawat penyakit dalam perut dan melancarkan sistem pencernaan. MADU LEBAH juga merupakan bahan peneutral yang bertindak menyingkirkan toksik, serta memecahkan lebihan lemak dalam sistem tubuh.

• MADU LEBAH mempunyai keupayaan untuk menarik dan menyerap lembapan, oleh yang demikian ia sangat mujarab untuk merawat luka terbakar yang kecil dan mencegah parut. Menghilangkan kesan terkena api, air panas dan minyak panas (sapukan).

• MADU LEBAH adalah punca semulajadi untuk tenaga segera! Ia membekalkan sumber tenaga yang tinggi, mencegah keletihan dan boleh mempertingkatkan keupayaan atlit sukan.

BAHAN MINERAL DAN VITAMIN DALAM MADU LEBAH
Bahan mineral dan vitamin yang terdapat dalam MADU LEBAH amat diperlukan oleh tubuh badan manusia. Berikut adalah antara vitamin yang terdapat dalam MADU LEBAH:-

VITAMIN A
Menggalakkan pertumbuhan tulang, pertahanan terhadap penyakit, memperbaiki struktur kulit serta mengelakkan rabun.

VITAMIN B
Membantu pertumbuhan dan perkem-bangan bayi, selera makan, pencernaan, menjaga tisu mata, dan membantu proses metabolisma

VITAMIN C
Membantu mempercepatkan penyem-buhan luka, menjaga sistem kekebalan tubuh, menyerap zat besi, membentuk tulang dan gigi.

VITAMIN D
Pertumbuhan normal, meningkatkan paras sitrat (garam asid sitrik) dalam darah dan menggalakkan penyerapan kalsium dalam usus, menjaga kesihatan tulang dan gigi.

VITAMIN E
Sangat penting untuk mempertahankan fungsi saraf dan otot, melindungi struktur membran daripada rosak, mengekalkan pertumbuhan normal, mengelakkan metabolisma, mengekalkan struktur paru-paru, hati, dan membran sel darah merah. Sebagai antioksida, vitamin ini bermanfaat sebagai mencegah penyakit jantung dan melambatkan penuaan.

VITAMIN K
Baik untuk mereka yang baru menjalani pembedahan. Vitamin ini membantu membentuk struktur tubuh baru dan menyembuhkan jahitan.Terdapat lebih daripada 172 vitamin dalam MADU LEBAH dan masih lagi dikaji vitamin dan bahan yang lain belum dikenali.

Pengambilan MADU LEBAH secara berterusan banyak memberi manafaat kepada kesihatan serta mampu menghindari dari pelbagai jenis penyakit seperti:-•

Kencing manis• Barah/Kanser• Mata kelabu• Letih/Lesu/Tenat• Tenaga batin/Seks• Lendir/Kahak• Penyeri muka• Awet muda• Pendarahan otak• Gastrik• Gagap• Bersalin - senang• Batuk• Penyakit Kulit• Sakit Telinga• Lemah jantung• Jerawat• Pening• Pekak• Lumpuh• Uban (Berpenyakit)• Susah tidur• Sakit sendi • Sembelit• Selsema• Sakit puan• Resdung• Darah tinggi• Sakit kepala• Angin• Luka• Keputihan• Bintik-bintik hitam• Rambut gugur• Sakit pinggang• Terbakar• Haid• Buasir• Batuk kering• Lupa• Keracunan Makanan• Asma/Lelah• Kurang darah• Alahan/Allergic• Kanak-kanak (Sihat)• Dan lain-lain...

MADU LEBAH MENURUT AL-QURAN & HADIS

Selaras dengan perkembangan dunia yang semakin canggih, dunia perubatan juga semakin maju berbanding dengan cara perubatan dahulu. Oleh itu rawatan-rawatan tertumpu kepada cara moden di hospital-hospital yang cukup dengan segala kemudahan dan kepakaran. Namun begitu berubat mengikut saranan al-Qur'an dan hadis masih tetap mengambil tempat di dalam kehidupan masyarakat Islam.

Menurut Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam setiap penyakit itu pasti ada ubatnya. Sabda Baginda :

Maksudnya : "Berubatlah, maka sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit kecuali Allah menyediakan baginya ubat, kecuali satu penyakit, iaitu tua" ( Hadis riwayat Abu Daud)

Beberapa kajian telah diusahakan yang tertumpu kepada bahan-bahan semulajadi daripada tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan. Begitu juga dengan madu lebah kerana dalam al-Quran sendiri telah menggariskan pelbagai pengajaran dan maklumat penjagaan diri daripada pelbagai penyakit, maupun kesihatan jasad atau rohani agar kita dapat mengerjakan segala perintah Allah dengan teratur.

Firman Allah dalam surah an-Nahl:

(Surah An-NAhl: 69). Tafsirnya: "Kemudian makanlah daripada setiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan. Daripada perut lebah itu keluar minuman madu yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan.

" Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam juga ada berpesan agar seseorang itu berubat dengan madu dan al-Qur'an, Baginda bersabda:

Maksudnya: "Ambillah / pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan al-Qur'an." (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Daripada hadis tersebut ternyata madu mempunyai keistimewaan yang tersendiri dengan nilai-nilai utama dalam ilmu kesihatan, yang mempunyai zat-zat besi dan vitamin yang kuat. Di samping itu madu juga dianggap penting kerana memenuhi keperluan tubuh dan cepat memberi tenaga.

Mereka yang mengetahui akan khasiat madu akan menggunakannya secara rutin, hal ini bukan hanya teori tetapi telah dibuktikan daripada beberapa kajian yang telah dilakukan di mana jika ianya diamalkan setiap hari akan mencegah daripada pelbagai penyakit dan memberi tenaga yang cukup.

Di samping itu madu juga seringkali digunakan untuk sampingan sarapan pagi agar tenaga segera siap digunakan dalam menjalankan kerja harian. Madu juga memiliki aroma enak yang meningkatkan selera, sepertimana Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam juga mengamalkannya. Diperkuatkan dengan hadis baginda yang berbunyi:

Maksudnya: "Dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Barangsiapa yang menjilat madu sebanyak tiga kali pagi pada setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar."

Di samping itu dengan memakan madu juga boleh menyembuhkan batuk-batuk yang menganggu dan boleh mencegah daripada kekejangan pada otot tubuh khususnya pada bahagian kaki. Dalam perubatan tradisional, madu telah dimanfaatkan untuk menahan luka-luka terbakar pada kulit. Jika diusapkan madu akan dapat mengurangi rasa sakit yang menyengat dan mencegah pembentukan lepuh (melecur) dan cepat sekali menyembuhkan kawasan yang terbakar. Di samping itu banyak lagi penyakit yang boleh sembuh misalnya hidung tersumbat, anak yang kencing malam dan sesuai untuk kanak-kanak damit yang baru lahir.
Dalam al-Qur'an, hadis-hadis yang disebutkan dan amalan perubatan tradisional, madu mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Adalah menjadi suatu amalan yang baik menjadikan madu sebagai ubat dan penjagaan kesihatan.

MADU LEBAH MENURUT KAJIAN SAINTIFIK

Menurut Dr. Susan Percival dari Jabatan Nutrisi Manusia dan Sains Makanan, Universiti Florida, Amerika Syarikat, MADU LEBAH mengandungi pelbagai kandungan mineral dan vitamin seperti B6, Thiamin, Miacin, ribotlorina dan asid pontohenic.

Madu juga mengandungi zat-zat seperti kalsium, zat besi, kuprum, magnesium, phosporus, potassium, sodium dan zink. MADU LEBAH juga berperanan sebagai antioksida dalam badan manusia yang mampu menghapuskan bahan-bahan radikal yang menjadi penyebab utama kepada penyakit-penyakit kronik. Kajian terkini membuktikan kandungan MADU LEBAH yang terdiri dari bahan semulajadi pelbagai gula seperti glukos dan fruktos. Ini meningkatkan stamina para atlit, menurut Dr. Susan lagi.

Dalam satu kajian lain, pakar mikrobiologi Amerika, Richard F. Stier mendapati komposisi unik kandungan MADU LEBAH juga boleh menjadi agen anti-mikrobial, untuk merawat kulit yang cedera akibat kebakaran atau luka. Ia juga mampu mengelakkan jangkitan berpunca dari bakteria.

Menurut Dr. Paul Gold, seorang Profesor Psikologi dari University of Virginia, "manusia dapat mengingati sesuatu perkara dengan lebih baik selepas mereka mengambil glukos, sejenis gula yang terdapat dalam MADU LEBAH". Cendekiawan perubatan Rom menggunakan MADU LEBAH agar pesakit sukar tidur supaya tenang dan memudahkan pesakit tidur lena.

Hippocrates, cendekiawan Greek menyanjung tinggi MADU LEBAH dalam keupayaan penyembuhan penyakit. Beliau telah banyak menghasilkan ubat-ubatan berasaskan madu antaranya untuk rawatan sakit kulit, ulser dan sakit tekak.

Orang Mesir purbakala menggunakan MADU LEBAH sebagai bahan asas merawat pesakit yang terbakar, melecur. MADU LEBAH juga diguna untuk merawat mangsa perang yang luka teruk dan terbakar.

Bertahun-tahun rahsia penyanyi Opera Itali menggunakan madu untuk rawatan sakit tekak dan melegakannya agar dapat menyanyi dengan merdu.

Perang dunia kedua menyaksikan doktor-doktor Jerman menggunakan campuran MADU LEBAH dan limpa ikan kod terhadap askar mereka yang luka teruk dalam peperangan supaya dapat bertahan dan meneruskan perang.

MADU LEBAH terdiri dari bahan antioksida yang tinggi kaya dengan sumber vitamin, mineral dan amino asid. Ia juga amat berguna sebagai anti-mikrob dan ianya diiktiraf sebagai sumber pemberi tenaga semulajadi yang hebat.

MADU ASLI

Madu lebah asli dan berqualiti sukar diperolehi. madu yang banyak terdapat dipasaran kadangkala dicampur dengan bermacam-macam capuran oleh peniaga untuk mengaut keuntungan semata tanpa memikirkan kesannya kepada pengguna. Adakalanya kita terbeli madu tiruan yang hanya mengandugi gula biasa yang telah diproses menjadi seperti madu ianya berbahaya kepada yang ada penyakit kerana rupanya tiada beza dengan madu asli. Tidak dinafikan banyak juga madu asli dipasaran tetapi telah mengalami proses pengawetan dan pengurangan kandungan air supaya tahan lama dan tidak meletup dalam simpanan. Proses yang demikian telah merosakkan separuh dari enzim yang bernilai yang terdapat dalam madu asli.

PERBEZAAN MADU ASLI & TIRUAN

- Madu campuran mengandungi kandungan gula sukrosa melebihi lima peratus

- Madu sintetik mengandungi kandungan HMF melebihi 80 miligram perkilogram madu

- Sukar untuk membezakan antara madu asli dan tiruan melainkan menerusi ujian makmal
- Bagi mereka yang biasa makan madu tulin, dengan sendirinya dapat membezakan rasa madu tiruan.

No comments:

Post a Comment